March 14, 2018

Kaki Kdrama Malaysia?

#nowlistening: jangan menyerah
#mood: kdrama bukan kaki kpop

Salam. Lamanya bebelog. Bukan setakat bersawang tapi entah ada ke tak orang yang tersesat kat laman ni. Entri kali ni dalam mood mencuba nasib. Nak tengok respon ada tak respon. Sebab nak buang macam sayang. So, kita cuba market. 

Sapa yang kenal atoo, yup! atoo memang peminat drama Korea since 2004 lagi. Darjah 6 lagi budak hingusan. Ingat lagi last episode Fullhouse, bersungguh-sungguh cakap mak nak tengok. Ini last episod. Nanti takde tayang lagi. Padahal masa tu tengah kena kuarantin sebab ada exam. Hadoi. Kelakar je. Bila dah tua ni, tak hairan pun kdrama keluar tv. Lagi hangin siap dorang alih bahasa. Tak masuk langsung. Dengan subtitles malay. Hahahaha


Habis cerita tu, dah gila bayang dengan Bi Rain (main cast). Demam weyh. Bila dia senyum, dengan mata dia sekali jadi sepet. Marah betul atoo bila ada yang mulut longkang, 'kau minat apek mana ni weyh...'. Hahaha. Semua poster kat majalah klik, surat khabar, atoo gunting, tampal dan simpan jadi pekasam. Masa tu mana ada intenet ni bagai. Ada lagi dalam kotak tu.  

Waktu tu, top dengan kdrama Fullhouse. Awal-awal lagi aku dah minat. Then melarat ke Wonderfull life, Memories of Bali, New Heart, My Girls, Princess Hours, eh banyak lagilah.. Tak kan boring walaupun atoo dah macam boleh agak ending dia. Lagi-lagi teknik cerita dia. Plot, watak, tempat eh semualah. Lagi-lagi bab dekorasi. Yalah. Taknak membandingkan, tapi memang tabik! 

 

So, daripada atoo nak buang cerita yang dah berkepuk tu, rasa sayang pulak. Jadi atoo akan burnkan dalam dvd. Dari korang tak sempat nak download, line lambat ke, ke rindu nak tengok kdrama lama-lama dulu, yup atoo ada.  

Semua series ini dalam bentuk softcopy (format avi, mp4, mkv). Series ni akan di muatkan (burn) di dalam DVD dan boleh di mainkan di PC/laptop anda menggunakan Windows Media Player, VLC, Media Player Classic, GOM Player dsb. English subtitle akan di sediakan.

Antara series TV lain yang korang boleh request kat sini:
Korean Drama
Korean Movie
Japan Drama
Chinese/ Taiwan Drama 
Japan Movie
Korea Variety Show
Korea Concerts/ Award~

Harga
DVD = RM30-RM70 per season 

Penghantaran (POSLAJU) percuma ke seluruh Malaysia.
untuk direct respon, whatsapp Atoo 0193926052 


coretan by atoo xoxo =)

No comments:

RAKYAT JELATA